MAKLUMAT PERTANDINGAN 


A. BAHAGIAN INOVASI (TERBUKA)

1.0 TEMA

Platform micro:bit di dalam sistem rumah pintar atau di dalam sistem sekolah pintar atau di dalam sistem komuniti pintar

2.0 TARIKH PENTING

  1. Mula Pendaftaran: 25 Ogos 2022
  2. Tutup Pendaftaran: 30 Oktober 2022
  3. Tarikh Akhir Penghantaran Projek Inovasi: 30 Oktober 2022
  4. Penjurian Projek Inovasi: 1 - 14 November 2022

3.0 KATEGORI

  1. Sekolah Rendah Atas (10 tahun - 12 tahun)
  2. Sekolah Menengah Bawah (13 tahun - 15 tahun)
  3. Sekolah Menengah Atas (16 tahun - 19 tahun)

4.0 FORMAT & SYARAT 

Syarat Pertandingan

  1. Pertandingan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.
  2. Penyertaan adalah minimum 2 peserta dan maksimum 3 peserta bagi sebuah kumpulan.
  3. Maksimum 2 kumpulan sahaja bagi sebuah sekolah yang sama.
  4. Pertandingan ini terbuka kepada sekolah kerajaan dan sekolah swasta.
  5. Hanya mikropengawal microbit sahaja yang dibenarkan untuk digunakan dalam pertandingan.
  6. Peserta hanya boleh menggunakan Makecode & Python untuk pengaturcaraan projek.
  7. Peserta boleh menggunakan aksesori perkakasan tambahan untuk pembinaan projek.
  8. Peserta digalakkan menggunakan bahan terpakai bagi pembinaan projek.

Format Pertandingan

  1. Peserta hendaklah menyediakan video pendek berdurasi maksimum 5 minit.
  2. Video mesti menerangkan permasalahan, solusi & demonstrasi projek.
  3. Video boleh dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Video hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  5. Video perlu dimuat naik ke dalam akaun Youtube atau Google Drive peserta dan tetapkan tetapan kepada umum (public).
  6. Maklumat pautan (link) video & kod pengaturcaraan perlu disertakan dalam borang pendaftaran.
  7. Video akan dinilai oleh para juri untuk pencarian 10 peserta terbaik ke peringkat akhir.
  8. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 15 minit untuk membentangkan projek dan sesi soal jawab bersama juri secara atas talian di peringkat akhir.  

5.0 RUBRIK 

6.0 SIJIL DAN HADIAH

6.1 SIJIL

Sijil elektronik penyertaan akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendaftar dan memenuhi syarat (perlu menghantar video dan kod).

INOVASI: Sijil elektronik pencapaian lima (5) tempat terbaik keseluruhan dan penguasaan akan diberikan jika memenuhi syarat dengan jumlah markah seperti di bawah:

6.2 HADIAH

Hadiah akan diberikan untuk setiap kategori seperti senarai di bawah:

Hadiah projek terbaik (Inovasi):

  1. Tempat pertama : Hadiah bernilai RM 300
  2. Tempat kedua : Hadiah bernilai RM 200
  3. Tempat ketiga : Hadiah bernilai RM 100

Hadiah persembahan projek terbaik (Inovasi):

  1. Tempat pertama : Hadiah bernilai RM 150
  2. Tempat kedua : Hadiah bernilai RM 100
  3. Tempat ketiga : Hadiah bernilai RM 50 

7.0 YURAN 

Yuran penyertaan adalah Percuma

B. BAHAGIAN ROBOTIK (TERTUTUP)

1.0 TEMA

Perlumbaan Robot Berpandu Garisan (Line Follower Robot)

2.0 TARIKH PENTING

  1. Mula Pendaftaran: 25 Ogos 2022
  2. Tutup Pendaftaran: 30 Oktober 2022
  3. Tarikh akhir Penghantaran pautan (link) dan kod projek robotik: 30 Oktober 2022
  4. Penjurian Robotik: 1 - 14 November 2022

3.0 KATEGORI

  1. Sekolah Rendah Atas (10 tahun - 12 tahun)
  2. Sekolah Menengah Bawah (13 tahun - 15 tahun)
  3. Sekolah Menengah Atas (16 tahun - 19 tahun)

4.0 FORMAT & SYARAT

Syarat Pertandingan

  1. Pertandingan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian (siaran langsung).
  2. Penyertaan adalah maksimum 5 peserta bagi sebuah kumpulan.
  3. Maksimum 3 kumpulan sahaja bagi sebuah sekolah yang sama.
  4. Pertandingan ini adalah tertutup.
  5. Hanya mikropengawal microbit sahaja yang dibenarkan untuk digunakan dalam pertandingan.
  6. Peserta hanya boleh menggunakan Makecode & Python untuk pengaturcaraan projek.

Format Pertandingan

  1. Peserta hendaklah menyediakan video pendek berdurasi maksimum 5 minit.
  2. Video mesti menerangkan tentang diri dan proses menyiapkan robot.
  3. Video boleh dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Video hendaklah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  5. Video perlu dimuat naik ke dalam akaun Youtube atau Google Drive peserta dan tetapkan tetapan kepada umum (public).
  6. Setiap kumpulan perlu hantar pautan (link) video dan kod yang dihasilkan secara atas talian sebelum 30 Oktober 2022. 
  7. Penjurian akan dilakukan secara atas talian secara langsung.  
  8. Setiap kumpulan akan diberikan layout litar perlumbaan yang sama untuk digunakan semasa penjurian.  
  9. Setiap kumpulan akan diberikan tiga (3) kali percubaan dan masa terpantas akan direkodkan oleh juri.

5.0 RUBRIK

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kiraan mata dari segi rekabentuk, fungsi, masa terpantas, kod dan video yang dihasilkan.

6.0 SIJIL DAN HADIAH

6.1 SIJIL

Sijil elektronik penyertaan akan diberikan kepada setiap pelajar yang mendaftar dan memenuhi syarat (perlu menghantar video dan kod).

ROBOTIK: Sijil elektronik pencapaian akan diberikan jika memenuhi syarat dengan jumlah markah seperti di bawah:

6.2 HADIAH

Hadiah akan diberikan untuk setiap kategori seperti senarai di bawah:

Hadiah Robot Terbaik (Robotik):

  1. Tempat pertama : Hadiah bernilai RM 300
  2. Tempat kedua : Hadiah bernilai RM 200
  3. Tempat ketiga : Hadiah bernilai RM 100 

7.0 YURAN

Yuran penyertaan adalah Percuma

Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started